Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan
Internet
Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah
satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak
peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat.
Memuat turun garis panduan
dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika
penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di
internet.Objektif Kod Etika
- Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
- Memahami prinsip etika komputer
- Memahami etika professional Teknologi Maklumat
- Mengetahui fungsi kod etika profesional
- Keperluan etika komputer
Prinsip Kod
Etika
- Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
- Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
- Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
- Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko
Rukun
Etika
- Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
- Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
- Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
- Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
- Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
- Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
Kerangka Kod
Profesional
- Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
- Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
- Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
- Bersikap adil dan tidak menindas.
- Menghormati hak cipta orang lain.
- Menghormati hak kebersendirian orang lain
Memindahkan garis panduan
dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power
Point
- Brosur
Brosur ialah untuk sebagai
media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk
masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga
dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau
jualan yang diadakan.
- Power Point
Perisian Power Points atau
keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh
bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam
seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan
pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points
bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala
malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini
membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang
untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang
berkesan.
No comments:
Post a Comment