Pemilihan
Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
Memandangkan internet
mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu
melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan
malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu
mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.
Kemahiran dalam Bahasa
Melayu
Sebelum mendapatkan bahan
di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa
Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya
pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran.
- Kemahiran berbahasa
- Kemahiran Bernilai Tambah
- Kemahiran TMK
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran masa Depan
- Kemahiran Kontekstual
- Kemahiran Belajar Cara Belajar
Faktor pemilihan bahan
di internet
Sumber
- Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
Bebas
- Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
Kesahan
- Bahan tidak memerlukan pengesahan
Kepentingan selepas
memilih bahan internet
Selepas memilih bahan di
internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil
bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
URL
Isi
- Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkansumber rujukan bahan.
Semak
- Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
- Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.
Memilih bahan
sastera
Bahan sastera merupakan
bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan
yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka.
Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah
memilih bahan yang ingin digunakan.
Jenis-jenis
sastera
- Pantun
- Sajak
- Seloka
- Gurindam
- Cerita Pendek
- Syair
Memilih bahan
tatabahasa
Bahan tatabahasa
sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran.
Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari
sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung
daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.
Jenis-jenis bahan
tatabahasa
Senarai dibawah merupakan
beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Tugas
- Kata Sendi Nama
- Peribahasa
- Simpulan Bahasa
Memilih bahan bidang
ilmu lain
Merujuk sukatan pelajaran
Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain.
Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan
pengajaran Bahasa Melayu.
Jenis bidang ilmu
lain
- Ilmu Agama
- Ilmu Sains
- Ilmu Matematik
- Ilmu Sejarah
- Ilmu Kajian Geografi
- Ilmu Semasa
No comments:
Post a Comment