RPH


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
TAHUN 2A2

MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU
KELAS
TAHUN 2A2
BILANGAN MURID
34 ORANG
TEMA
KEBUDAYAAN
TAJUK
KUIH TRADISIONAL
MASA
1.15-2.15


FOKUS UTAMA
STANDARD KANDUNGAN
2.6
Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

STANDARD PEMBELAJARAN
2.6.1
Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
FOKUS SAMPINGAN
STANDARD KANDUNGAN
1.4
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam suasana formal dan tidak formal secara bertatasusila.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.4.4
Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.





OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1.    Membaca bahan bacaan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa.
2.    Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.


PENGGABUNGJALINAN

Kemahiran bacaan dan kemahiran lisan.


PENGISIAN KURIKULUM

1.    Ilmu : Kajian Tempatan
2.    Nilai : rajin, keyakinan diri, kerjasama
3.    KBT : Kecerdasan Pelbagai, Konstekstual


SISTEM BAHASA

Tatabahasa : kata nama, kata kerja


MEDIA

Video/Slaid, kad perkataan, kad gambar, petikan, Lembaran kerja.









ISI PELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

Set Induksi
(5 minit)


1.    Guru menayangkan video bertajuk ‘Kuih Tradisional Melayu”.
2.    Guru mengaitkan video tersebut dangan proses P&P berkaitan tajuk kuih tradisional.

1.    Murid menonton tayangan video bersama guru.
2.    Murid meneka jenis kuih yang dilihat.




Langkah 1
15 minit

1.    Guru memperdengarkan lagu ‘Kuih oh Kuih’
2.    Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam senikata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih tersebut.
3.    Guru mencatatkan nama-nama kuih yang telah disebutkan oleh murid dan membimbing murid menyatakan cara kuih dimasak sama ada goreng, rebus, bakar atau kukus.

1.    Murid mendengar lagu yang dimainkan.
2.    Murid menyebut nama-nama kuih dalam lirik lagu berkenaan.
Contoh:
bahulu,karipap,
buah melaka,
keria,lempeng,koci,
lepat.
3.    Murid menyatakan cara kuih berkenaan dimasak.

Seni kata lagu dan kad gambar kuih

KBT(KB):
-mengumpul
Nilai: Rajin
Ilmu:Pendidikan Muzik






Latihan cara kuih dimasak









Langkah 2
15 minit

1.    Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan.
2.    Guru meminta murid mencatat nama kuih dan meyatakan rasanya.
3.    Guru meminta murid membaca secara bergilir-gilir nama-nama kuih yang dicatat dengan sebutan yang betul dan mengkategorikan  kumpulan kuih.





1.    Murid membaca seni kata lagu dengan bimbingan guru.
2.    Murid menamakan kuih dan menyatakan rasa kuih berkenaan.
3.    Murid membaca nama-nama kuih dan mengkategorikan mengikut rasa.

Latihan nama kuih

Langkah 3
20 minit

1.    Guru meminta murid membaca semula nama-nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan.
2.    Guru meminta murid berada dalam kumpulan kecil berbincang dan memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih.
3.    Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan.


1.    Murid membaca semula nama-nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru.
2.    Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan memikirkan cara mengubah suai atau bentuk kuih mengikut kreativiti mereka.
3.    Murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.

Ilmu:Kajian Tempatan
Nilai:keyakinan diri



PENTAKSIRAN
1.    Guru meminta murid membaca dialog yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Guru meminta menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang telah dibaca.




1.    Murid membaca dialog yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Murid menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang dibaca.

Pentaksiran
Ilmu: Kajian Tempatan
Nilai:Keyakinan diri
KBT:BCB
KB:menjana idea



PEMULIHAN
1.    Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih.


1.    Murid membaca nama-nama kuih.




Pemulihan
Ilmu:Kajian Tempatan
Nilai:rajin
KBT:BCB


PENGAYAAN
1.    Guru meminta murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.
2.    Guru meminta murid mengkategorikan cara-cara jenis kuih dimasak



1.    Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.
2.    Murid mengkategorikan cara-cara jenis kuih dimasak.


Pengayaan
Ilmu:Kajian Tempatan
Nilai:Berdikari
KBT:BCB
KB:Menjana idea


Penutup
5 minit

1.    Guru menerangkan perbezaan kuih tradisional dengan kuih moden.
2.    Guru meminta murid menyanyi semula lagu ‘kuih tradisional’.


1.    Murid mendengar penerangan guru.
2.    Murid menyanyi lagu ‘kuih tradisional’.


No comments:

Post a Comment